YA ALLAH..
hati kecil ku terasa sebak sangat2. mutiara jernih mula bergenang di kelOpak mata. fikiran mula melayang entah ke mana. terbang ke sana dan ke sini.
Ya ALLAH... kurniakan kekuatan untuk ku dalam mengharungi segala ujianMU..
kuatkan semangatku dalam menempuhi liku-liku kehidupan agar tecapai segala impian. meremang bulu roma pabila aku membayangkan kekuasaanMU yang TERAGUNG dan tiada bandingan.
berdebar-debar jantung dan terus berdegup laju saat aku fikirkan tentang hasrat itu.
mampukah aku?
hasrat suci yang lahir dari dasar lubuk hati pasti akan dipermudahkan segalanya.
INSYAALLAH..
sujud syukur kepadaMU wahai PENCIPTA YANG AGUNG.
Syukur teramat kerana telah mengutuskan seorang yang sangat mengambil berat tentang diri ini. seorang yang cuba untuk memimpin diri yang lemah ini ke jalanMU...
seOrang yang mempunyai niat yang suci untuk menghalalkan hubungan dan sebagai satu ibadah jua.
YA RAHMAN. YA RAHIM...
ku dambakan kasih sayangMU. andai si dia yang terbaik untukku menurutmu... dekatkan lah dia denganku.satukanlah hati hati kami di bawah keredhaanmu.. dan permudahkan segala urusan kami..
Ya ALLAH... seandainya di bukan yang terbaik untukku menurutMU.. bawalah segala-galanya berkaitan dengan dia dari ingatanku. dan bantulah dia untuk melupakan diri yang kerdil ini.
bawalah segala kenangan yang pernah kami coretkan di dalam dunia maya mu ini supaya kami jauh dari berduka.
Ya Rabbi...hanya ENGKAU yang mengetahui akan hasrat hati ini. ku mOhOn agar dipermudahkan. dan diberi kekuatan disaat mulut2 di luar sana mula mempertikaikan. bantulah hambaMU yang lemah ini.
amin..
tatkala membicara kan perihal jodoh.. hati mula gusar. siapakan bakal imamku?
rusuk siapakah yang bakal aku lengkapi?
hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI...
segalanya telah tersurat sejak di luh mahfuz bukan sahaja untuk ku.. tapi untuk seluruh hambaNYA.
duhai hati.. bertenanglah.. hapuskan segala kegusaran yang menyerang. kuatkan diri dan berpeganglah pada ketentuanNYA.
sesungguhnya DIA telah merancang segalanya yang terbaik untukku.
bergantung pada pilihan dariku jalan manakah yang ingin ku tuju.
semestinya jalan yang LURUS.
jalan yang penuh keredhaan ILAHI.
notakaki : persiapkan diri dengan sebaiknya okep! ngeeeee~
No comments:
Post a Comment