Sunday, March 20, 2011

warkah buat diri yang alpa.




assalamualaikum...




ke hadapan diriku yang ku sayangi...apakah khabarmu di kala ini? sesungguhnya aku teramat merinduimu wahai diriku.tersangat ingin mengetahui setiap aktiviti harianmu diriku...
sebernarnya... sudah lama inginku utuskan warkah ini buatmu... namun terhalang dengan 'kealpaan'. tatkala ini.. kealpaan pergi bercuti. harapanku.. moga kealpaan gembira bercuti di
sana dan tidak akan menyinggah lagi di sini.

adakah segala anggotamu terjaga dengan baik..?apakah yg tanganmu gemar lakukan? ke manakah kakimu sering melangkah?
pancaindera yang dipinjamkan kepadamu olehNYA pula bagaimana?
wahai pancindera yang ditugaskan untuk mendengar...
apakah yang gemar kamu dengari?
wahai pancaindera yang boleyh melihat...
apakah pula yang sering kamu saksikan?
wahai pancainderaku yang bisa menuturkan kata...
apakah bicara yang kamu lafazkan?
berapa banyak tasbih yang kamu taburkan.berapa kerat zikir yang kamu lontarkan.berpa baris ayat2 suci alQuran yang telah kamu alunkan?
apakah ia sudah memadai....cukupkah???
cukupkah???

duhai daging yang tersangat bernilai (HATI).. apakah yang sering terdetik di dalamnya? apakah keikhlasan wujud di dalam mu dengan apa jua yang anggota2 lakukan? sudahkah kamu menghiaskan taman hati itu dengan NIAT yang sebetulnya?
sekiranya belum... cepat2 lah wahai hati. tanamkan lah niat ituh bermula saat ini. kelak kamu tidak akan menyesal. HATI... ku harapkan kamu akan terjaga dengan sebaiknya oleh diriku. aku akan gembira andai kamu bebas dari titik2 hitam. walau sedikit cuma titik hitam yang melekat. segeralah kamu padamkan. jika titik hitam itu cuba untuk menapak padamu wahai hati.. pertahankanlah kebersihanmu itu.hindari dan jauhi lah perkara2 yang akan menggelapkan kamu. wahai hati. dengarlah.. dengarlah rintihan aku... dengarlah segala nasihatku...
isi lah kekosongan jiwamu dengan ilmu2 bermanfaat. isi lah dengan akidah yang sebetulnya. ikutlah panduan yang telah ditetapkan.
wahai hati..


ketahuilah... setiap anggota diriku hanya akan menurut segala katamu. andai baik signal yang kamu keluarkan.. maka baiklah segala kelakuan anggota. sebaliknya.. jika signal yang kamu berikan ituh adalah ke arah keburukan.. maka ke arah itulah anggota akan menurut.
ingatlah wahai hati diriku...


tanggungjwabmu tersangatlah besar. kamulah yang akan mengawal pemikiran diriku. kamulah yang akan mengawal perasaan diriku. kamu jua lah yang akan mengawal setiap tingkah lakuku...
buat hati yang aku kasihi...
jauhi lah nafsu2 yang meliar di luar sana. berjuanglah habis-habisan dalam menentang nafsu yang pelbagai dari pada berleluasa mengambil alih tugasmu.. pertahankanlah hakmu wahai hati.
jangan biarkan nasfu bermaharaja lela menguasaimu diriku. sesungguhnya aku tersangat sayang kan kamu diriku... jagalah amanah aku ini wahai hati.

bangkitlah...
pulihkan semangatmu dengan sebaiknya...
bangkitlah untuk menuntut ilmu dengan seikhlasnya.
lupakan segala perkara yang melalaikan...

sekian sahaja utusanku untuk kali ini. moga kita bersua lagi wahai diriku syg...
take care.
jaga diri.jaga iman.jaga hati
:)




ingatan dari ,
aku yang tersedar






No comments:

Post a Comment