Monday, August 30, 2010

.special entry buatmu.





alhamdulillah...baru sahaja selesai bersahur.masa berlalu dgn pantas je kan.sedar x sedar...kita sudah berada dalam 10 malam terakhir ramadhan .malam yang kita tunggu-tunggu.lailatulqadar.moga kita menemui dan menyambutnya dengan amalan-amalan yang sepatutnya.yang boleh meningkatkan saham 'di sana' kelak.yang boleh menebalkan iman yang menipis.top up yang mane terkurang.insyaAllah...






tibe2 sayu je hati di pagi yang hening penuh ketenangan ini.
untuk kamo0...maaf dgn segala tindakan dan tuturkata saya yang agak kasar tempoh hari.tidak terniat pun untuk saya menyakiti hati sesiapa.jauh sekali menikam perasaan kamo0.saya lakukan segala nya agar kam00 boleh melupakan saya dengan baik,dan saya boleh melupakan kamo0 sebagaimana yang kamo0 mahukan.saya sedar.apa yang kamo0 sedang lakukan adalah untuk mencapai redha Ilahi.sy bersyukur.diberi kesempatan untuk mengenali kamo0 walau hanya dalam masa yang singkat.perkenalan yang cukup bermakna buat saya.memang saya akui,sukar untuk saya lenyapkan segala kenangan.walau sudah berkali-kali kita cuba untuk melalui jalan ini, semakin sukar untuk saya melepaskan kamo0.kebaikan dan peribadi kamo0 membuatkan rasa sayang ituh sukar untuk dilemparkan jauh-jauh.sayang untuk melepaskan seseorang yang saya yakin boleh memberikan didikan yang baik untuk diri ini suatu hari nanti.malah tindakan kamo0 membuatkan perasaan ituh bertambah kuat dalam diri ini.kamo0 mmg seorang yang tabah.berpegang teguh dengan ajaran agama.insyaAllah, moga ia berkekalan dalam diri kamo0.


ituh doa saya.berkali-kali kita cuba untuk menuju jalan ini.berkali-kali juga kita gagal. moga kita berjaya menuju jalan tersebut berbekalkan dengan kekuatan diri kamo0.berbekalkan kekuatan yang xhenti-henti saya cari. saya sedar, "kekuatan perlu dicari bukan dinanti-nanti" .


"tidak ada sesiapa yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri" . segala apa yang saya katakan tempoh hari, bukanlah datang dari dalam hati, tp sekadar dibibir untuk memudahkan proses dilupa dan melupakan.benar apa yang kamoo katakan. kita sepatutnya lebih sayangkanNya.tindakan yang terbaik, untuk menghilangakan serta menjauhai perbuatan yang dibenciNya.kita tidak sepatutnya terus berhubung.dengan itu insyaAllah, zina hati tidak akan berlaku lagi.perlahan2 kita usahakan.walau perkara itu mmg sukar dan paling sukar untuk kita hadapi, cuba ikhlaskan diri.dekatkan diri denganNya.mudah-mudahan usaha ini berhasil. saya berjaya sakiti hati kamo0.minta segala macam yang xsanggup untuk kamu lakukan.pecahkan dan hancurkan 'bingkai' yang berbentuk segi empat tepat itu.kemudian pamerkan kpd saya.ternyata tidak sanggup untuk kamu lakukan. sekali lagi maaf.saya berbuat demikian untuk memudahkan proses dilupakan dan melupakan.(sekali lg sy ulangi ayat yang sama)walhal saya tidak sanggup untuk melihatnya berkecai. saya terpaksa sanggupkan diri untuk melontarkan permintaan yang bukan-bukan.saya hormati cara kamoo untuk meneruskan perjalanan ini.dengan tidak menghubungi antara satu sama lain.saya ikhlas walau kepedihan yang sama-sama kita rasai .ituh jalan terbaik. semoga kamo0 berjaya menjadi perwira islam yang sebetulnya.... :)
~perwira islam sepatutnya bersama muslimah sejati.telah tersuran di dalam Quran al-karim.
"lelaki baik utk perempuan yang baik".~

soal jodoh pertemuan...kita serahkan saja kepada Yang Maha Esa. sesungguhnya Dialah Yang lebih Mengetahui dari apa yang kita tahu. buat para sahabat... doakan saya supaya menjadi seorang yang tabah.seorang yang sabar dalam segala hal.seorang yang cekal dalam mengharungi liku-liku kehidupan....

No comments:

Post a Comment