Friday, December 23, 2011
i lurve to be in da rain
Sunday, December 11, 2011
:: gelOra jiwa ::
Friday, December 9, 2011
:: lafaz sakinah ::
suami peluk isteri--->> dapat PAHALA!
cium isteri--->> dapat PAHALA!
renung isteri--->> dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri--->> PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri---->> PAHALA!
suami pegang isteri --->> PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur) ---->>PAHALA!
suami imamkan isteri--->> BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nok kabo bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain---->> PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri--->> PAHALA!...
Friday, December 2, 2011
:: pelengkap rusukmu::
Thursday, December 1, 2011
dari mata turun ke hati . haha .
Monday, November 28, 2011
out of mind!
Saturday, November 26, 2011
♥ saranghae . aishiteru ♥
Wednesday, November 23, 2011
BICARA QALBU
2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?
3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?
4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?
5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?
6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?
7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?
8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?
9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?
10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?
11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Bermulut Laser, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?
12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?
13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?
14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?
Oleh itu, saya menyeru kepada anda dan kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri sentiasa. Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma. Sentiasa tanya diri ;-
Sunday, November 20, 2011
.annisa al -jannah. gadis syurga .
“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.
Amalan-amalan itu ialah:
1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!
Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.
...wAllahualam...
Thursday, November 17, 2011
Oh Allah I yearn to You
عِندما كُنت صَغيرة، كُنت أطلبُ الجنّة بإلحَاح , كُنت أتخيّلها تحملُ قصراً كَبيراً، وَ لباساً من غيمِ، وَ حذاءِ بلّوري، وَ بُستانٌ تُشرق فيه شمسٌ لاتغرب، وَ أغصانٌ تتنَاغم مَع النسيم، وَ أغنيَةِ تَصف حَنيني , وَ فرَاشاتِ رَقيقة تكُون بحجمي؛ لكي أمتطيهَا وَ أطير، أطيرُ عالياً إلى الفردَوس. والآن أرَى أن الجنّة تضمُ أحلامي , وَ تجعلني أهذي بنعيمِ لايُشبه دنيَانآ، تُرغمني على تمزيقي كَي أصل إليها، وَ تُرتل علي كُل صلاة:- "وَ جنّة عرضُها السماوات والأرض أعدت للمتقين"! الجنّة شيءٌ أرنو إليهِ بحبٌ وَ حنينْ...
Apabila saya kecil, saya meminta syurga dengan segera, anda bayangkan membawa istana besar, dan mantel awan, dan kasut kristal, dan kelompok yang bersinar itu Angrb matahari, dan cawangan-cawangan dalam harmoni dengan angin, dan lagu itu menggambarkan nostalgia, dan rama-rama nipis menjadi Bhb; untuk Omttiha dan terbang, terbang ke langit. Sekarang saya melihat bahawa impian saya syurga, dan membuat saya hallucinating Aichbh keseronokan duniawi kami, Trgmana Tmziqi kepada asal-usul, dan membaca semua doa: - "dan paparan langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang benar!" Syurga sesuatu Arno untuk cinta dan nostalgia ...
hutty
Monday, November 14, 2011
♥ jibab. ♥ niQab ♥
••► Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang, yakin, berwibawa, penuh dengan semangat mujahidah..
••► Ada seulas bibir yang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah..ada sepasang mata yang redup, yang cukup terjaga dari pandangan maksiat..
••► Setiap gerak lakunya cukup mengambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas...
••► Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya, bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA...
••► Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan, melainkan hikmah, haq serta mutiara-mutiara ukhuwah...
••► Hanya dengan melihat pada perwatakannya, sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH, agar segera berfikir tentangNYA..SubhanAllah..
Sunday, October 23, 2011
~waNnabE ~
fuhhhhh.. fuhhhh.. muncOngkan mulut sambil kuarkan angin.
uhUukkS... (batuk2)
bersepah habUk2 terbang..
gilaP2 siket..
ting!
kelip2 cahaya bersinar...
hOkeh.
cun siket.
baru la semangat jemari ni nak menari kat keyboard.
hOoyeah!
readers suma sihat x? (erk! bape ketul je pUn.ngeh3...)
da lame aku x gOdek2 dairy neh padahal sallUu je kat atas talian. malas punye pasal lah.. ape lagi...
bukan otak kering.tapi malas nak perah.>>> terOk betOl.haha.
i luv to merapu meraban ❤
keyh. stOp it AYUNI! hehe
nak taU x ... nak tau x ...
i minat gile2 kat SITI. bukan sOrang je.. tp 9 orang SITI.. mampu???
korang kenal x? aku xpernah jumpa pun.. tp kagum sgt2 ngan SITI2 ni.
betulllll.. x tipU aih..(muke exited)
nak kenal x?
jum kite kenal2 ngan dorang..
1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aisyah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
~siti nurhaliza xtersenarai yea..hehehhe(^_^)
Wednesday, September 21, 2011
~ keTIka Muslimah TerLUKA ~
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia menari dalam doa memohon keampunan kpd Tuhannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa lebih lama dan dia harus tegar..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya dia gunakan seperti kebiasaannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya...
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya...
Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…
Wednesday, September 7, 2011
2y2m2w2d
i'm cOming wif a suwitttttttttttttttt smile. senyum sOrang2. nak tergelak pOn ade jugak.
hadOi. mase berlalu cepat je an. pejam celik pejam celik ... manyak mende yang da berubah. tanpa kite sedar kan? untuk mase ini... sepatutnya wujud angka "2 tahun 2bulan 2 minggu dan 2 hari".
sayang kan?
hurm. kadang2 tingat suma kenangan2. wah! romantis gituUu. suwitttt siket2 + pahit manis yang terlakar = susahnye nak lupekan.
cOme on babe. suma tuh proses kehidupan la weyh. normal lah tu. kan kan kan?
erk! da lewat neh. mate pOn ngantOk d neh wa chOOuUww dlu k.
whOoOPsss. agak terkasar di situ.
saye mintak diri dulu yeh.(sipu2 malu)
assalamualaikum... (suare cOver ayu siket)
hikhik.jemari saye suke merapu meraban di keyboard. :p
jOking make me fun.laughing make me feel freely. smiling make me calm even deeply in my hutty nO bodies knOe. ^_^
Tuesday, September 6, 2011
-sms-sent to me. gulppp~
Thursday, August 25, 2011
xsengaja pun.haha.
hakhak.entah hape2 la kan.but siyesly. i'm over missing yOu dear.sangat2.hurt sangat2 bile rase ituh mula bertandang lagi.kapan dapat ku kikis rasa itu??Ya Tuhan..hapuskan segala kenangan kami andai si dia bukan milikku.
again.again. and again.TEARS menjemakan diri.urff!wat malu je kan.tapi kalah dengan keegOan.mutiara jernih laju mengalir.xgune betOl!cube kuat siket boleh x???!!!!!
Sunday, August 21, 2011
organ::
' Paru2 ckp xthu..Paru2 tnye Hati..'syg ktne..'Hati pun jwb..syg ada kt cni.
.Ginjal,Jantung n Paru2 pun heran..knp syg ade kt Hati.
.Hati jwb..,Hati d pilih oleh Allah utk memiliki syg..
Hati rela d lukai dan
krana syg,Hati rela berkorban..
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸☼ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤.•*¨`*•..
Wahai Adam..
Lindungilah Hawa selagi kamu
mampu,bukan menyakitinya..
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,
bukan menyesatkannya..
Wangikanlah mulutmu dengan
nasihat hikmah,bukan meracuninya.
Jadilah imam yang
terbaik buatnya,
saling membantu.
Hilangkanlah egomu kerana itu adlah
api yg membenamkan nur kebahagiaan.
InsyaAllah,Amin Ya Allah..
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸☼ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤.•*¨`*•..
Sunday, August 14, 2011
collecting some spirit
Saturday, August 13, 2011
dating.yeayyy!
Thursday, August 11, 2011
time too short
Tuesday, August 9, 2011
.❤●•٠· tengs e lot .❤●•٠·
Friday, August 5, 2011
izit true??? or just a dream? hoO yeah!
Monday, August 1, 2011
Sunday, July 31, 2011
peringatan buatmu duhai wanita...
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.